Sunday, April 26, 2009

Keropok Kacang Hijau



Keropok kacang hijau,mungkin nama ini jarang anda dengar. Namun bak kata pepatah,tak kenal maka tak cinta. Jadi sebaiknya,anda cuba berkenalan dengan keropok ini,barulah anda tau betapa ruginya andai anda tak pernah mengenali keropok kacang hijau yang enak dan ranggup. Dapatkannya untuk dimakan bersama yang tersayang sekarang!!

Kerepek Bawang


Kerepek Bawang sememangnya sudah menjadi amalan tradisi rakyat Malaysia. Sebutlah di mana-mana musim perayaan,hari raya,hari deepavali,thaipusam atau apa saja lagi perayaan yang disambut dinegara kita,semua itu tidak sah jika tiada kerepek bawang ini. Mudah untuk dimakan,rasanya yang enak, itulah dua faktor utama mengapa kerepek bawang menjadi idaman dan favourite rakyat Malaysia. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasa makanan tradisi ini! Dapatkan dengan harga yang berpatutan!!

Kerepek Kentang Kari




Bentuk kerepek yang kelihatan menarik ini sememangnya menggamit naluri selera kita untuk mencubanya walau sekali. Dan setelah menikmatinya,kita tidak akan berasa menyesal dan tidak malu untuk mengaku yang kita telah jatuh cinta kepadanya,Kerepek Kentang Kari,begitulah nama yang diberi. Sesuai dimakan pada bila-bila masa,di mana jua anda berada. Segera dapatkannya!!

Ubi Pedas Basah



Melihatkan warna merah yang garang ini sememangnya mengundang liur. Mesti kita terbayangkan kepedasan dan kemanisannya,itulah yang kita kenali dengan nama kerepek ubi pedas basah yang sudah tidak asing lagi dalam kehidupan seharian kita. Kerepek ubi pedas basah ini sememangnya mampu memberikan kepuasan kepada mereka yang sukakan makanan ringan yang pedas~dapatkannya sekarang!!

Opak Kari




Opak kari atau dikenali dengan bika sememangya diminati oleh golongan masyaralat masa kini terutamanya kanak-kanak. Rasanya yang pedas-pedas masin membuatkan kita tidak bosan untuk menikmatinya tak kira di mana jua. Dapatkannya dengan harga yang berpatutan dengan segera! Jangan kecewakan perut anda!

Wednesday, April 22, 2009

Kerepek pisang tanduk



kerepek pisang merupakan kerepek yang sentiasa menjadi bualan ramai. Sebut sahaja kerepek,mesti terbayang di benak fikiran kita akan kerepek pisang. Dimana kerangupannya mampu membuatkan kita berulang kali ingin mengunyahnya. Cepat dapatkannya sekarang dengan harga yang berpatutan~

Kerepek ubi racik



Kerepek ubi merupakan kerepek yang tidak lagi asing di negara kita. Ianya enak dimakan sama ada ketika jamuan hari raya,festival mahu pun ketika meluangkan masa bersama ahli keluarga tersayang. Jangan lepaskan peluang untuk mengisi masa yang bermakna dengan mereka sambil menikmati kerepek yang pastinya menambah keceriaan detik-detik indah hidup anda.